Ucapan Perdebatan Belanjawan 2014 oleh ADUN Air Itam, Wong
Hon Wai pada 11-12-2013 di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
1.
Dasar Penetapan budget
Saya tertarik
dengan ucapan bajet bahawa Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada outcome
based budget dengan prinsip value for money dan penggunaan sumber secara
optimal.
Saya tiada
masalah dengan pendekatan outcome based budget(基于结果的预算编制). Ini adalah berbeza dengan
pendekatan conventional input based budget.
Tetapi saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri bahawa terdapat
cara penetapan budget yang lain antaranya Gender-based Budgeting yang telah
dipelopori oleh MPPP dan MPSP di mana penetapan budget juga dimasukan
perspektif gender supaya dari segi pengagihan sumber dapat memenuhi keperluan
semua orang termasuk perempuan dan lelaki untuk memupuk gender equality.
Saya berikan contoh bahawa usaha naiktaraf pasar
yang telah dilaksanakan dan juga dirancang untuk tahun 2014 merupakan satu pendekatan
gender responsive kerana terbukti lebih ramai kaum wanita akan mengunjungi
pasar berbanding dengan lelaki.
Saya berikan contoh bahawa tandas baru yang dibina oleh Pihak
Berkuasa Tempatan barangkali tidak memenuhi gender based budgeting. Dari segi outcome
base budgeting, ia memang betul tandas lelaki dan tandas perempuan telah
dibina. Secara optimal sumber wang digunakan. Tetapi bilangan cubicle bagi
tandas baru yang dibina adalah sama untuk lelaki dan perempuan.
Ini adalah tidak betul. Kalau perpektif gender based budgeting
dipertimbangkan, maka cubicle tandas perempuan hendaklah lebih banyak daripada
tandas lelaki kerana statistic menunjukkan masa penggunanan tandas kedua-dua
gender adalah berlainan
Saya cadangkan perpektif gender base budgeting hendaklah
dimasukan dalam bajet semua jabatan kerajaan negeri supaya gender equality
dapat direalisasikan.
Saya ingin
memberikan komen terhadap penubuhan Briged Wanita Pulau Pinang. Matlamatnya
nampaknya murni, tetapi saya memberikan pandangan saya bahawa kita perlu meninggikan
perwakilan wanita dalam satu lagi entiti yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri
iaitu JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti).
Saya telah
menanyakan soalan tentang perlantikan pengerusi dan setiausaha dan ajk JKKK
dari golongan wanita. Daripada 225 JKKK
iaitu sejumlah 450 Pengerusi dan Setiausaha, hanya 61 wanita menjawat jawatan
Pengerusi dan Setiausaha iaitu 13.5%. Ia jauh lebih rendah daripada 30%
decision makers terdiri daripada wanita. Angka pengerusi dan setiausaha wanita
paling tinggi di DTL iaitu 26.32% dan paling rendah di SPU 4.17%. Saya juga berharap ADUN wanita boleh lead by
example di kawasan masing-masing. Di kawasan saya Air Itam, peratusan 25% telah
dicapai.
Saya berharap
Kerajaan Negeri boleh menjuruskan lebih banyak sumber dari segi meningkatkan perwakilan wanita
dalam JKKK. Saya juga ingin menanyakan berapakan peruntukan untuk Briged Wanita
dan sekiranya ingin ditubuhkan juga Briged Wanita, perlu pasti ada sumber
setara supaya jangan kita pinggirkan wanita.
Saya juga
meminta MMK Keluarga janganlah pinggirkan lelaki dalam program-program yang
dilaksanakan. Angka yang saya dapati dari segi kes penceraian pada tahun
2011: 4434
2012:2654
2013: 2270
(setakat 20 November 2013)
Walaupun
terdapat penurunan dari segi keseluruhan kadar penceraian, saya dapati angka
penurunan dicatatkan di Mahkamah Syariah (pasangan Islam) dan angka meningkat
untuk mahkamah tinggi (pasangan bukan Islam) (2011: 1087 kes, 2012: 1303 kes,
2013: sehingga nov 1060 kes).
Saya meminta MMK
Keluarga hendaklah memberikan focus secukupnya terhadap kaunseling untuk lelaki
dan wanita supaya kadar penceraian ini di tahap yang minimum.
Saya juga
meminta EXCO berkenaan untuk memberikan penekanan secukupnya kepada portfolio
Belia dan Keluarga dan janganlah terlalu fokus kepada Wanita dan Sukan Sahaja
dan kenapa PWDC begitu menonjol dari segi publisiti yang saya ingin puji dan
sumber yang diberikan dan Penang Youth Development Corporation (PYDC) yang juga
di bawah EXCO yang sama di bawah kerajaan negeri tidak begitu menonjol dari
segi publisiti dan aktiviti yang dijalankan.
2.
Menyokong Multi-cultural dan Multi-lingual
Saya berbesar
hati membaca dalam teks Bajet bahawa Kerajaan negeri terus memperuntukan
sebanyak RM12 juta kepada semua sekolah bantuan modal yang saya difahamkan
termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh dan
sekolah agama rakyat. Ini adalah usaha berterusan sejak bajet 2009 dalam
menyokong sekolah bahasa ibunda dan sekolah agama rakyat.
Saya harap dasar
kerajaan negeri dalam menyokong multi-cultural dan multi-lingual perlu juga
dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dalam beberapa aspek berikut:
(a)
Koleksi buku dalam Perpustakaan Negeri Pulau Pinang
Saya telah menanyakan tentang pecahan jumlah buku
mengikut bahasa yang ditambah dalam inventori buku perpustakaan negeri Pulau
Pinang dan saya mendapat jawapan (Lampiran 1).
Dari sejumlah
77371 buah buku yang ditambah pada tahun 2012,
Buku Bahasa
Melayu: 61%
Buku Bahasa
Inggeris: 24.7%
Buku Bahasa Cina:
7.5%
Buku Bahasa
Tamil: 6.38%
Dalam satu
kenyataan akhbar oleh Perpustakaan Pulau Pinang pada 28-11-2013. Jumlah koleksi
buku dalam Perpustakaan Negeri Pulau Pinang ialah 1,138,305 buah dimana buku
bahasa Cina hanya 39,603 buah buku iaitu hanya 3.5% sahaja.
Saya berharap
Pihak Perpustakaan boleh menetapkan sasaran tambahan buku-buku bahasa Ibunda
kepada 10% setiap tahun untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat
Pulau Pinang. Memang kita mempunyai Stok
buku bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang bagus, dan perlu juga kita tambah
stok untuk buku-buku bahasa lain.
(b) George Town literary Festival
Saya tertarik
dengan George Town Literary Festival yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Ia
mendapati publisiti yang menarik dan mendapat sambutan dari kalangan peminat
kesusasteraan.
Saya faham festival
kesusateraan ini adalah festival yang masih muda dan terdapat aspek-aspek yang
boleh ditingkatkan.
Saya mendapat
maklumbalas dari persatuan penulis bahawa mereka menyambut baik terhadap idea George
Town Literary Festival dan harap pada masa depan boleh juga diperluaskan dengan
tumpuan bukan sahaja kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, tetapi juga
Kerajaan Negeri boleh menyokong Literary Festival dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.
3.
Hasil atau Levi tambahan dalam bajet 2014
Saya
perhatikan terdapat tambahan 3 levi dalam bajet 2014 dengan objektif-objektif
social sendiri. Levi 3% yang dikenakan ke atas transaksi hartanah orang asing
dan levi untuk bilik hotel dan levi 2% yang dicadangkan untuk penjualan rumah
dalam tempoh 3 tahun dari pembelian.
Ini
sememangnya boleh menambahkan hasil negeri tetapi kita perlu memperkemaskan
mekanisme pengutipan dan harus jelas tentang cara penggunaan dana tersebut.
Saya
perhatikan juga program-program bantuan sosial dan kesejahteraan rakyat
(program emas) telah meningkat daripada sebanyak Rm75 juta kepada sejumlah
RM111.47 juta yang diperuntukan pada tahun 2014 iaitu peningkatan 50%.
Saya
perhatikan pelbagai program kebajikan yang dijalankan memang memenuhi konsep
“distributive justice” untuk semua lapisan masyarakat. Oleh itu, levi tambahan tersebut juga
hendaklah memenuhi dasar pemerintahan kerajaan negeri supaya disalurkan balik
kepada masyarakat untuk tujuan menjana ekonomi dan program kebajikan.
4. Duti Hiburan dan Industri
Perfileman
Saya telah
menanyakan soalan tentang duti hiburan yang dikutip oleh Kerajaan negeri.
Jawapan yang saya terima bagi 3 tahun kebelakangan ini, duti hiburan yang
dikutip adalah dalm julat RM10 hingga RM11 juta. Saya juga mendapati hampir 90%
daripada hasil duti hiburan adalah daripada
kutipan tiket pawagam. Nampaknya
ramai peminat filem yang mengunjungi panggung wayang.
Saya
mencadangkan supaya strategi untuk bantu industry perfileman dirangka di mana
satu unit khas diwujudkan di bawah unit kebudayaan kerajaan negeri atau Penang
Global Tourism Sdn Bhd untuk membantu industry pembikinan filem kerana Pulau
Pinang menarik sebagai satu destinasi warisan dan memang sesuai untuk
pembikinan filem dan sekiranya ditonjolkan dalam filem antarabangsa, maka ia
adalah satu publisiti yang sangat bernilai untuk Pulau Pinang. Sebahagian dari dana yang dikutip dalam duti
hiburan ini boleh disalurkan kepada unit yang membantu industry perfileman.
5.
Intangible Cultural Heritage
Selepas George Town disenaraikan sebagai World Heritage Site, saya fikir kita juga perlu mengorak langkah untuk menjaga bukan sahaja bangunan warisan tetapi juga intangible cultural heritage (warisan tidak ketara) 非物质文化遗产
Malaysia
ketinggalan di belakang dari segi penyenaraian intangible cultura
heritage. Malaysia hanya mempunyai satu
penyenaraian sahaja iaitu Mak Yong.
Padahal negara jiran kita Indonesia sudah mempunyai 7 penyenaraiaan
UNESCO dalam intangible heritage.
Antaranya, Keris, Batik, Wayang Kulit dan Anglung telah diperolehi
penyenaraian UNESCO dalam world intangible cultural heritage oleh Indonesia
padahal Malaysia mempunyai keempat-empat
warisan tersebut.
Saya
mendapati Jabatan Warisan Negara lembap dari segi usaha penyenaraian intangible
cultural heritage. Malaysia baru sahaja menandatangani Konvensyen untuk
melindungi intangible cultural heritage pada 23 Julai 2013 padahal Indonesia
sudah memperolehi 7 penyenaraian UNESCO.
Saya berharap
Kerajaan Negeri mengambil langkah membantu Jabatan Warisan Negara. Saya dapati warisan Pulau Pinang yang unik
seperti Boria, Chingay berpotensi mendapat penyenaraiaan UNESCO.
Saya faham
George Town World Heritage Incorporated telah menjalankan inventori untuk
intangible cultural heritage dalam lingkungan George Town. Diharapkan GTWHI
dapat meningkatkan penglibatan program-program berkenaan.
6. Dasar Hartanah untuk orang asing
Dalam bajet
2014, Kerajaan Negeri umumkan akan mengenakan levi 3% harga penjualan ke atas
semua transaksi hartanah oleh warganegara atau syarikat asing mulai 1 Februari
2014.
Saya meminta
kategori warganegara asing ini diberikan penjelasan yang lebih lanjut. Pada
pandangan saya, pemegang IC merah yang telah bermastautin lama sebagai
pemastautin tetap walaupun mereka bukan warganegara Malaysia, tetapi hendaklah
diberi kelonggaran dari dikenakan levi atau had pembelian untuk orang asing.
Saya terbaca bahawa Kerajaan Negeri menubuhkan satu skuad khas untuk membantu
pemegang IC merah dalam berurusan dengan Jabatan pendaftaran Negara. Ramai yang menghadapi masalah teknikal untuk
memperolehi kewarganegaraan walaupun mereka sebenarnya pada hati dan nurani ialah rakyat Malaysia.
Saya telah
meminta jawapan tentang jumlah transaksi hartanah kepada warga asing. Saya mendapati bahawa jumlah transaksi
hartanah oleh orang asing masih dibawah 3% daripada jumlah transaksi.
Nampanya
terdapat trend penurunan pada tahun 2013.
Kerajaan
Negeri pada masa lalu telah umumkan jumlah transaksi pada
Tahun 2010:
774
Tahun 2011:
890
Jawapan yang
diberikan kepada saya untuk tahun 2012: 1010 transaksi
Tahun 2013
(angka terkini): 561 transaksi.
Saya dapati
angka ini mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar pembelian untuk
warganegara asing kerana angka ini termasuk kes pemberian secara kasih sayang,
probet, warisan harta atas perintah mahkamah dan sebagainya yang penerima
walaupun warganegara asing tetapi ada connection dengan Malaysia. Maksudnya,
pembelian hartanah oleh warganegara asing adalah lebih rendah daripada angka
yang saya sebut tadi.
Sekiranya kita
ambil angka konservatif iaitu 2% levi keatas hartanah satu juta untuk 500
transaksi, maka kutipan hasil negeri adalah sebanyak RM10 juta. Saya harap kutipan levi ini dilaksanakan
dengan teratur dan digunakan untuk manfaat negeri.
Saya juga
menanyakan soalan butiran pindak milik hartanah kepada orang asing di kawasan
Core zone dan buffer zone kawasan Warisan George Town dari 7 Julai 2008 hingga
kini iaitu hari Georgetown disenaraikan oleh UNESCO sebgai tapak warisan
dunia. Dari jawapan yang diterima, sebanyak
33 transaksi direkodkan. Tetapi, apabila saya teliti butiran tersebut, 4
transaksi melibatkan landed property, 5 transaksi melibatkan tanah kosong dan
selain 29 transaksi adalah unit dalam kondominium bertingkat. Adalah jelas bahawa unit dalam kondominium
bertingkat tidak mungkin ialah bangunan warisan sebelum perang.
Maka, adalah
sejajar dengan perhatian saya bahawa majoriti daripada bangunan hartanah
warisan dan bangunan pre-war masih dipegang oleh stakeholder tempatan seperti
persatuan dan individu tempatan. Keadaan
ini perlu dikekalkan supaya bangunan warisan kita dijaga dengan baik.
Saya meminta
Kerajaan Negeri membuat pemantauan terhadap angka-angka pemilikan orang asing
ini dan membuat adjustment terhadap polisi pemilikan hartanah dari semasa ke
semasa supaya hak orang tempatan dilindungi.
7. Laporan Ketua Audit Negara 2013
Saya
mendapati ada satu common trend dalam Laporan Audit Negara 2013 untuk Pulau
Pinang iaitu tidak dapat pengesahan sama ada seseorang pembayar cukai, penyewa
rumah kerajaan atau penerima kebajikan sudah meninggal dunia.
Saya
menanyakan soalan dan mendapat jawapan bertulis bahawa Pihak Jabatan
Pendaftaran Negara tidak membenarkan mana-mana Jabatan untuk ekses kepada
databasenya secara online dan real time atas sebab-sebab keselamatan. Oleh,
tidak hairanlah saya terbaca perkara sama dilaporkan dalam laporan audit 2008,
2013 untuk Pulau Pinang dan laporan audit negeri-negeri lain.
Saya berharap
Jabatan Pendaftaran Negara boleh berkongsi databasenya dan juga pada masa yang
sama meningkatkan integrity databasenya.
Saya mohon
menyokong.
2014年财政预算案辩论稿
阿依淡州议员黄汉伟于2013年12月11日槟州立法议会发表的2014年财政预算案辩论稿
1。 性别预算
我对于州政府基于结果的预算编制和善用资源原则的预算案很感兴趣。
我对于基于结果的预算编制没有问题。 这有别于传统的输入预算。 但我也想提醒州政府有其他的预算案编制包括由槟岛市政局及威省市政局先导的性别预算,其目的是在国家和地方预算中纳入性别视角,以更趋公平的方式分配资源,使政府预算满足包括女性和男性、进一步促进性别平等。
我举一个例子,
已经提升设备的菜市场及已经计划在2014年提升的菜市场是一项性别平等的途径因为已经证明了女性比男性更常逛菜市场。
我举一个例子,由地方政府兴建的新厕所可能无法满足基于性别的预算编制。在以成果为基础的预算编制方面, 当然男厕及女厕已经兴建了。
资源被充分运用, 但新厕所的男性间格及女性间格数量是相同的。
这是不正确的。
如果基于性别的预算编制的角度考虑, 那么女性的厕所间隔应该比男性更多, 因为统计数据显示男女上厕所的时间有别。
我建议所有州政府部门的预算应执行性别预算机制以便性别平等得以实现。
我想就成立槟州巾帼大队给一点意见。
成立巾帼大队的宗旨看来崇高, 但我觉得我们需要增加女性代表在另一个由州政府成立的团体那就是JKKK(社区安全和发展委员会)。
我问了关于委任女性担任JKKK主席,秘书及委员的问题。 在225个JKKK, 那就是总共450个主席及秘书, 只有61位女性担任主席及秘书或13.5%。 这明显低于30%女性决策者的原则。 女性的主席及秘书人数最高是在东北县, 有26.32%, 最低是威北县4.17%。 我也希望女性州议员可以在各自的选区以身作则。 在我的选区阿依淡已经达到了25%。
我希望州政府可以拨更多资源以增加女性在JKKK的代表性。 我也想问巾帼大队有多少拨款,及如果想成立巾帼大队,必须确保有资源及不要边缘化女性。
我也要求妇女,家庭及社会发展委员会不要在推行活动时边缘化男性。 我得到的近年离婚数字:
2011年 = 4434
2012年 = 2654
2013年 = 2270(截至2013年11月20日)
虽然离婚率有整体下降,我发现回教法庭有下降的记录(穆斯林夫妇)及高庭(非穆斯林夫妇)有上升的记录(2011年 = 1087例,
2012年 = 1303例,
2013年 = 1060例截至2013年11月)
我要求妇女,家庭及社会发展委员会应为男性和女性提供足够的辅导以使离婚率处于最低水平。
我也要求有关行政议员给予足够的重视于青年和家庭,不要只专注于妇女与体育。为什么PWDC在宣传方面特别突出,这是我要赞美的, 而同样隶属于有关行政议员的权限的槟城青年发展机构在宣传和活动方面不够突出。
2。 支持多元文化及多元语言
我很欣慰州政府继续拨出马币1千2百万资助半津贴学校, 根据我了解包括华文学校,淡米尔语学校,教会学校和宗教学校。 这是自2009年以来的支持母语教育学校和宗教学校的预算案。
我希望州政府在支持多元文化及多元语言原则下也应更充分地执行以下几个范围:
(a) 槟州图书馆的藏书
我问了关于槟州图书馆新增的各类语文书籍藏书而我得到的答案是:
我问了关于槟州图书馆新增的各类语文书籍藏书而我得到的答案是:
2012年新增了77371本书籍,
国文书 = 61%
英文书 = 24.7%
华文书 = 7.5%
淡米尔文书 = 6.38%
槟州图书馆于2013年11月28日发布的文告,槟州图书馆总共有1,138,305本藏书而华文书只有39,603本,只有3.5 %而已。
我希望图书馆当局可以设下目标每年增加10 %的各类母语书籍以满足各社会阶层的需求。我们有不错的马来文和英文藏书, 但我们还需要增加其他语文的书籍。
(b) 乔治市文学节
我被由州政府举办的乔治市文学节吸引住。
这文学节得到广泛的宣传及获得文学爱好者的欢迎。
我明白文学节是一个年轻的庆典, 有多方面有待改进。
我得到作家协会的反映是他们欢迎乔治市文学节并希望在未来可以扩展到不仅注重英文和马来文也可以支持以华文及淡米尔文为主的文学节。
3。 2014年预算案的收入或额外征费
我注意到在2014年的预算案有新增加的3项额外征费各有社会目的。 外国人产业交易及酒店房间征收3% 额外征费及建议在三年内售卖房屋征收2% 额外征费。
当然,这可以增加槟州的财政收入但我们必须精简征收机制及清楚了解如何使用这笔资金。
我也注意到了社会援助计划和公共福利(各类黄金计划)已从马币7千5百万增加至2014年的拨款马币1亿1千1百47万,增加50 %。
我注意到各种正在进行的福利项目符合“分配正义”给各界人士的理念。 因此,额外征收也应符合政府回馈社会以达到经济增长和福利计划的目的。
4。 娱乐税及电影业
我问了关于州政府征收娱乐税的问题。 我得到的答案是近三年来征收的娱乐税是介于马币1千万至1千1百万。 我还发现近90巴仙的娱乐税是从电影戏票得来。似乎很多电影迷都进入电影院。
我建议计画策略来帮助电影界,可以成立一个隶属州政府文化单位或槟城环球旅游私人有限公司的特别单位来协助电影制作,因为槟城作为文化遗产目的地是理想的拍摄地点,如果在国际电影亮相, 那将是对槟城非常有价值的宣传。 从娱乐税收的部分收入可以拨入协助电影界的特别单位。
5。 非物质文化遗产
自从乔治市被列为世界遗产后,我觉得我们也应该采取措施来保护不仅是文物建筑, 但也包括非物质文化遗产。
马来西亚落后于非物质文化遗产申报清单。
马来西亚只有一个申报, 那就是玛蓉剧。 我们的邻居印尼已经有7项向联合国教科文组织申报的非物质文化遗产。 其中,马来短剑,蜡染,皮影戏及昂格隆竹乐器由印尼申报的非物质文化遗产已经被列为联合国教科文组织世界非物质文化遗产, 而马来西亚也有这四项文化遗产。
我发现国家遗产部在非物质文化遗产申报方面乏力。
马来西亚刚在2013年7月23日签署了保护非物质文化遗产公约, 反而印尼已经获得了7项联合国教科文组织的申报。
我希望州政府采取措施协助国家遗产部。 我觉得槟城独特的传统如马来传统舞“玻里亚”, 大旗鼓有潜能列为联合国教科文组织非物质文化遗产。
我知道乔治市世界遗产机关已进行了乔治市范围内的非物质文化遗产清单。 希望乔治市世界遗产机关能增加有关计划的参与。
我希望州政府采取措施协助国家遗产部。 我觉得槟城独特的传统如马来传统舞“玻里亚”, 大旗鼓有潜能列为联合国教科文组织非物质文化遗产。
我知道乔治市世界遗产机关已进行了乔治市范围内的非物质文化遗产清单。 希望乔治市世界遗产机关能增加有关计划的参与。
6。 外国人的房屋政策
州政府在2014年财政预算案宣布了将由2014年2月1日起向外国公民或公司的所有产业交易销售价格征收3%税收。
我要求进一步解释外国公民的类别。在我看来,长期居住的红色登记永久居民,即使他们不是马来西亚公民但应给予通融, 不征收3%税收及不像外国公民般限制购买。 我曾读到州政府成立专门的团队来帮助红色登记永久居民处理与国民登记局的事务。 获得公民身份有很多技术问题,即使他们实际上是一心一意的马来西亚人民。
我已要求有关外国人房地产交易的数量。
我发现外国人房地产交易的数量仍然低于总房地产交易数量的3%。
看来2013年呈下降趋势。
州政府在过去已宣布的交易数量 :
2010年 = 774
2011年 = 890
2010年 = 774
2011年 = 890
给我的答案, 2012年 = 1010 项交易
2013年(最新数据):561项交易
我觉得这些数目未必能反映外国人购买的真实情况, 因为这一数目包括赠馈,财产继承及其他和马来西亚有关连的外国人。
也就是说, 外国人购买房地产比我前面提到的数目为低。
如果我们以500项一百万的交易保守数目估计2%的税收, 那州政府收到的税收总共马币1千万。 我希望这项税收处理得井井有条并用于对州有益的地方。
我也问自从乔治市从2008年7月7日被联合国教科文组织列为世界遗产后在核心地带及缓冲地带的外国人房地产交易详情。 我收到的回复共33交易记录。但是当我细读有关详情, 4项交易涉及有地发屋,5项交易涉及空地及其他29项交易涉及多层公寓单位。 很显然,多层公寓单位不可能是战前古迹建筑屋。
因此,我的关注是对的,多数古迹建筑屋和战前建筑屋还是由当地人如地方团体和个人所持有。这种情况应保持以便我们的古建筑能得到维护。
我要求州政府监管外国人持有的数量并不时调整房地产持有的政策,让本地人的权利得到保障。
7。 2013年总稽查师报告
我发现在2013年总稽查师报告有一个趋势就是不能确认一个缴纳人, 政府组屋租户或福利部受益人是否已经死了。
我问问题并获得书面答案那就是国民登记局基于安全理由不允许任何一个部门在线读取国民登记局的资料库。 因此, 难怪我在槟城2008年及 2013年的总稽查师报告及其他州属的总稽查师报告都看到同样的报告。
我希望国民登记局可以分享他们的资料库并也同时提高资料库的保密度。
我谨此支持以上预算案。
我发现在2013年总稽查师报告有一个趋势就是不能确认一个缴纳人, 政府组屋租户或福利部受益人是否已经死了。
我问问题并获得书面答案那就是国民登记局基于安全理由不允许任何一个部门在线读取国民登记局的资料库。 因此, 难怪我在槟城2008年及 2013年的总稽查师报告及其他州属的总稽查师报告都看到同样的报告。
我希望国民登记局可以分享他们的资料库并也同时提高资料库的保密度。
我谨此支持以上预算案。
No comments:
Post a Comment